The Writer

Photobucket
- Eli @ Niri -
- Malaysian -
- Civil Engineering's Student -
- Freely to leave a comment or shout below :) -
Showing posts with label Mother Tongue. Show all posts
Showing posts with label Mother Tongue. Show all posts

April 16, 2013

After a month of it (copied from my previous blog - October 6, 2010)

 Bismillahirahmanirahim. Hopefully this will explain everything from the beginning for the time being. Perhaps I will continue to tell further in another entry.

 *****

Today I feel likes to write in my mother tongue again.

Sebulan telah berlalu. Pada sesiapa yang telah berjumpa dengan ku in personal pasti tahu apa yang ku maksudkan. Ya, aku sudah & masih dalam proses perubahan atau hijrah. Aku sudah mula bertudung. Perasaan ku berbaur. Syukur kehadrat Ilahi disamping takut. Kenapa aku berkata sebegitu..? Aku terasa masih goyah & mungkin boleh menoleh kebelakang. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Reaksi orang disekeliling ku..? Biasa la mulut orang kan.

"Kau dah bertudung..? Apa mimpi kau..?"
"Ni setakat pergi kelas je ke permanent..?"
"Assalamualaikum. Afiq (bukan nama sebenar) nak tanya Eli kenapa tiba2 berubah. Ni kena cakap ala2 Nur Kasih la dengan Eli lepas ni"
"Dah insaf..? Ke sebab nak tutup rambut blonde..?"

Banyak lagi la kot sindiran yang ku terima. Tetapi aku terima semua tu sebagai cabaran & semangat untuk aku buktikan pada diri sendiri & semua orang aku mampu buat. Tujuan ku hanya satu, mencari keredhaan Allah SWT. Pasti ada yang tertanya2 kenapa tiba2 aku terus berubah. Ye la dah nak habis ramadhan baru pakai tudung. Selalu orang ambil berkat awal2 Ramadhan untuk melakukan perubahan tu. Apa yang terjadi sebenarnya..? Siapa suruh..?

Bermulanya semua ni sewaktu aku berada di tahun kedua matrikulasi. Pada suatu hari, aku terlibat dengan satu program yang mewajibkan aku untuk bertudung. 'Sepuluh Tahun Program Matrikulasi' kalau tak silap aku. Aku bertindak selaku penyambut tetamu. Sewaktu makan malam, aku berjumpa dengan PPHEP tempat ku itu, yang dikenali sebagai En. Khai. Beliau membisikkan di telinga ku, 'Kan cantik kalau terus macam ni'. Aku tergamam. Ianya seumpama nasihat seorang bapa yang telah kenal ku sejak aku di tahun pertama di matrikulasi lagi. Tetapi aku masih tegarkan hati ku. Dalam masa yang sama, aku mula mengumpul koleksi selendang. Aku tak tahu kenapa, tapi aku terasa seperti ada magnet untuk melihatnya setiap kali aku keluar berjalan di kedai2. Online shopping juga menjadi pilihan ku.

Bercakap pula tentang siapa yang menyokong. Dia seorang teman yang ku kenali di tempat ku menuntut ilmu. Masih teringat lagi lokasi & waktu kami memperdebatkan tentang ni. Di ruang mesin basuh sewaktu menunggu giliran untuk membasuh, Ramadhan yang lalu, dia telah memberi aku semangat untuk berubah. Seberapa banyak alasan yang cuba ku bangkitkan, dia tetap berjaya mematahkan kata2 ku. Dia ialah teman sebilik ku, Sue. Aku amat berterima kasih kerana dia mampu membuka mata ku untuk terus pandang kehadapan. Disamping Sue, beberapa orang rakanku yang lain juga pernah membincangkan isu berbangkit ni. Mereka la yang tak jemu2 membahaskannya dengan ku.

Jangan salah tafsir. Aku berubah kerana Allah tetapi dibantu oleh tulang2 belakang ku. Aku juga melihat rakan2 ku yang mampu berubah sebelum ku. Beberapa orang rakanku yang free hair sewaktu aku mula mengenali mereka boleh berubah dan Alhamdulillah kekal hingga sekarang. Aku tahu hijab ku ni masih tak sempurna tapi aku memerlukan masa dan kekuatan untuk terus kekal sebegini. Insya Allah berubah kepada tudung labuh pula. Siapa yang tak mengimpikan untuk menjadi serikandiNya. Aku masih terlalu mentah. Bak kata orang, perempuan yang dah lama bertudung labuh pun boleh berubah berpakaian seksi, ni kan aku yang hanya baru sebulan memakai tudung. Nauzubillah.

Harapan ku hanya satu, sudah2 la kepada mereka yang asyik mengata dibelakang ku, selalu bertanya2 sebab apa aku tiba2 berubah, kerana siapa aku mengambil keputusan ni & macam2 lagi bunyi yang membingitkan telinga ku. Hentikan la andaian dan tomahan korang semua.




January 28, 2013

Pencerahan Tentang Pernikahanku...

Bismillahirahmanirahim. Beberapa orang hamba Allah telah menegur aku tentang video pernikahan aku. Menghela nafas yang panjang.

"Wah meriah nyeee. Kata buat kecil-kecilan je"
"Eh siap ada pelamin, khemah dan blah, blah, blah. Dah macam kenduri kahwin je"
"Aik ni kira dah kahwin terus ni. Sampai hati tak jemput"

Daaaan seribu satu macam dialog yang aku terima lagi. Sebelum ni aku mengambil keputusan untuk senyapkan sahaja perkara ni, tetapi kini aku terasa semua ni makin melampau. Kenapa aku berkata begitu..? Jika dahulu aku dituduh kahwin cowboy atau dengan erti kata lain aku kahwin sebab kena tangkap khalwat la apa la. Betul kata suamiku, orang tak akan pernah puas dengan apa yang ada. Ada je yang nak dikatakan. Jealous mungkin..? Bersyukur la dengan apa yang kamu semua ada. Beruntung sangat dah tu Allah masih beri peluang untuk beribadah kepadaNya, tahu tak =)

Berbalik kepada al-kisah pernikahan aku, disini aku perjelaskan bagi sesiapa yang mohon pencerahan tetang tersebut;

 1) Bukan kah sabda Rasulullah SAW, wajib menghebahkan perkahwinan..? Rujuk hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair R.A.

2) Majlis dilangsungkan bersama-sama dengan kenduri kesyukuran setelah 10 tahun tinggal dirumah yang didiami sekarang ini. Alhamdulillah, berpeluang berkongsi rezeki dengan jiran tetangga.

3) Bercakap tentang pelamin, itu permintaan mama ku tetapi telah diteliti untuk memastikan tidak ada tepung tawar, majlis berinai dan sewaktu dengannya. Hanya untuk bergambar dijadikan kenangan pada hari pernikahan tu sendiri. Selagi tak melanggar hukum syarak, tak apa kan memenuhi permintaan kedua ibu bapa kita. 

4) Buat pengetahuan, kami tidak pernah ditunangkan secara langsung apatah lagi mengadakan majlis seperti trend sekarang. Hanya sekadar keluarga suamiku datang merisik dua bulan sebelum kami bernikah. Jadi tak salahkan kami melangsungkan majlis pernikahan yang halal dan barakah sebegitu..? =)

5) Aku adalah anak tunggal DAN perempuan. What did you expect me to say for more..?

Kesimpulannya itulah sekecil-kecil majlis yang kami mampu langsungkan. Aku menghormati kehendak ayah dan mama aku untuk melihat aku dinikahkan dengan majlis yang sesempurna itu.

Kepada sesiapa yang terasa, terguris, terluka dan seangkatan dengannya yang melibatkan hati dan perasaan, ampun maaf dipinta. Insya Allah, walimah/majlis resepsi akan diadakan jika ada rezeki dariNya. Anda semua dijemput hadir ketika itu. Doakan yang terbaik untuk kami ^_^

Wassalam.




January 28, 2012

Perubahan cuaca..? Penghapus.

Bismillahirahmanirahim. Hari ini sekali lagi aku terasa ingin mencoretkan kata-kata dalam bahasa ibundaku. (dah macam ada segmen seminggu sekali bersama Dewan Bahasa dan Pustaka. JK) Sebenarnya hari ini aku diuji oleh Yang Maha Esa. Daripada tengah malam tadi lagi aku dah merasa kan ada sesuatu tidak kena dengan tekak ku. Akhirnya terungkai juga. Aku mengalami selesema dan batuk yang tak henti-henti disamping badan yang tak kurang panasnya. Tapi semua itu tak pernah membuatkan aku rasa rimas kerana aku berpegang pada satu ayat.

"Sakit itu kaffarah dosa-dosa kecil"


Allahuakbar. Betapa hina diri ini. Hanya sakit sahaja dapat menghapuskan sebahagian dosa-dosa kecil yang telah ku lakukan selama ni secara sedar atau pun tidak. Hadis Rasulullah SAW;

Tidaklah seseorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah SWT akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Bersyukurlah kerana masih lagi diberi peluang untuk diuji oleh Allah SWT kerana itu menunjukkan kita telah terleka untuk beribadah kepadaNya. Semoga dosa-dosa kecilku terhapus dan aku tidak lagi alpa dengan suruhanNya. Salam.




January 20, 2012

Zero. Kosong. Ling.

Bismillahirahmanirahim. Salam Jumaat yang penuh berkat. Hari ini aku terasa ingin berkata-kata dalam bahasa ibunda ku. Syukur Alhamdulillah. Aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas dibumi-Nya. Minggu pertama cuti semester ku telah berlalu. Hari-hari yang ku lalui hanya seperti biasa. Tinggal berdua bersama ayahku, sementara mama bekerja.

Oh ya sebenarnya ini hanya omongan kosong dikala menanti ayahanda ku yang tersayang pulang dari Solat Sunat Jumaat. Usai solat Zohor tadi, aku terfikirkan tentang sesuatu. Aku mencari kekuatan untuk mencoretkan tentang itu disini. Harapnya satu hari nanti termakbul jua. Insya Allah. Apa yang penting, aku perlu istiqamah dalam semua benda yang aku lakukan. Itu yang paling utama kan..?

Sampai disini sahaja. Aku mahu makan tengah hari bersama ayah ku. Ini sahaja peluang untuk aku bermanja dikala aku masih bercuti. Salam.